Tuesday, November 2, 2010

KEBAHAGIAAN SEKS DI MALAM PERTAMA


Pernikahan dan Perkahwinan adalah sesuatu saat yang paling indah dalam hidup seorang wanita dan lelaki. Pada Kebiasaannya wanitalah yang paling gembira untuk menyambut saat-saat yang bahagia ini sehinggakan ade yang terlupa tentang kecantikkan dan keserian untuk menyambut malam pertama. Seharusnya, lelaki dan wanita mestilah mempersiapkan diri mereka dari segala aspek agar perkawinan dan malam pertama menjadi satu kebahagian yang tidak dapat di bayangkan.


1. Sentiasa Tenang

Gugup adalah hal yang sangat lumrah dirasakan para pengantin baru. Namun jangan sampai rasa gugup itu berubah menjadi kepanikan. Jangan terburu-buru untuk melakukan hubungan seks malam pertama. Sebaiknya cuba bertenang dan jelaskan pada pasangan anda apa yang anda ape yang anda inginkan agar pasangan anda lebih bersedia..

2. Jangan Memaksakan Diri

Sebelum bernikah, mungkin anda pernah membaca kamasutra atau maklumat tentang seks dari majalah atau internet mengenai posisi-posisi yang baik untuk perhubungan seks. Namun di malam pertama, anda tidak perlu melakukan semuanya. Yang penting adalah mempersiapkan diri anda dan pasangan anda untuk menikmati kebahagiaan malam pertama agar tiada paksaan dalam sesuatu perhubungan..

3. Jangan Terlalu Banyak Tertawa

Kurangkan gelak ketawa dalam perhubungan seks. Bukan bermakna anda tidak boleh ketawa, namun mungkin pasangan anda akan memahamai gelak anda dari sudut yang lain. Jangan sampai ia merasa anda mengejeknya. Malam pertama anda akan menjadi kurang kenikmatan dan kemesraan.

4. Merawat Diri

Sebelum majlis pernikahan, biasanya wanita akan melakukan rawatan kecantikan dan keayuan untuk meningkatkan seri pengantin baru. Ini sangat penting kerana pengantin perempuan adalah penyeri majlis perkahwinan dan malam pertama. Begitu juga kaum lelaki, akan mempersiapkan diri untuk menikmati malam pertama yang lebih memuaskan dan bertenaga agar malam pertama akan menjadi sejarah yang tidak dapat di lupakan.


5. Jangan Berpura-pura

Jangan mempunyai sifat berpura-pura dalam perhubungan seks malam pertama. Sebaiknya jadilah diri anda sendiri. Ingat, pasangan adalah orang yang akan menghabiskan waktunya seumur hidup dengan Anda. Sentiasa berterus terang jika ada sesuatu yang anda tidak gemari dalam perhubungan. Memulakan sesuatu kebahagiaan dengan kepura-puraan hanya akan memudaratkan hubungan anda di suatu hari nanti.